Tuesday, April 15, 2008

Proses Penggunaan Word

MS Office Word boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan Brosur dan Buku Program. Untuk kelas KDP ini, kami belajar menghasilkan Brosur menggunakan column dan Buku Program menggunakan book fold. Berikut adalah proses yang dihadapi :-
Merancang Penghasilan Brosur
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan brosur.
2. Mencari bahan daripada sumber buku dan internet (mengaplikasikan pencarian blog dan jurnal dari Google seperti yang diajar oleh Dr. Siti Fatimah). Menggunakan advanced search
untuk pencarian yang lebih terperinci dan menggunakan tanda "......" untuk mengecilkan
ruang pencarian (jumlah bahan lebih sedikit mengikut spesifikasi tajuk yang dipilih).
3. Merancang story board untuk menentukan layout brosur serta setting gambar. Memilih
gambar yang sesuai dari Yahoo menggunakan image.
4. Memilih layout brosur menggunakan 3 column.

Memantau Penghasilan Brosur
1. Memastikan kesesuaian brosur supaya mencapai tujuan.
2. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Brosur
1. Amat mudah dengan menggunakan MS Word untuk menghasilkan brosur pilihan. Cuma
memilih column dan taipkan maklumat. Gunakan 'insert' untuk memasukkan gambar dari
web pilihan atau folder My Picture dalam My Document.
2. Aktiviti yang paling mudah dalam subjek Komputer Dalam Pendidikan.

No comments: