Sunday, February 24, 2008

Learning care dan Yahoogroups

Nyatakan apakah persamaan dan perbezaan Forum dalam Learningcare denganYahoogroups.Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan forum dalam learningcare.Nyatakan kelebihan dan kelemahan menggunakan forum dalam yahoogroup.Jika anda diberi pilihan untuk mengadakan perbincangan di masa akandatang, apakah platform yang anda gunakan - emel? yahoogroups? forumdalam learningcare? Blog?. Mengapa anda membuat pilihan tersebut.

a) Persamaan forum dalam Learningcare dengan Yahoogroups
1. Kedua-duanya digunakan untuk membincangkan topik.
2. Terdapat hubungan dua hala.
3. Boleh reply untuk memberi maklum balas kepada topik.

b) Perbezaan forum dalam Learningcare dengan Yahoogroups
1. Learningcare hanya terbatas dalam kalangan pelajar UKM.
2. Tiada alamat group ataupun alamat mel orang yang memberi maklum balas dipaparkan.
3. Menggunakan ID yang didaftar oleh UKM sahaja.
4. YahoogroupsMenggunakan platform perbincangan secara berkumpulan dan ahlinya tidak terbatas.
5. Ruang lingkup ahli adalah luas. Asalkan ada alamat yahoogroup individu yang menjadi owner.
6. Ada moderator yang menjadi pemudahcara kepada perbincangan.
4. Ahli berkongsi pendapat.

c) Kebaikan dan kelemahan Learningcare
Learningcare mudah digunakan hanya dengan memilih subjek di mana forum akan dijalankan. Namun begitu, kelemahannya ialah Learningcare hanya boleh digunakan oleh pelajar dan warga UKM sahaja. Adakalanya pelajar dan warga UKM lain tidak aktif menggunakan Learningcare. Apatah lagi untuk memanfaatkan ruang forum yang disediakan.

d) Kebaikan dan kelemahan Yahoogroups
Melalui Yahoogroups ahli perbincangan tidak terbatas. Malah profil ahli dipaparkan dan boleh view kegiatan ahli. Moderator akan mengemukakan topik perbincangan dan ahli group memberikan maklum balas. Namun begitu masih ada kelemahannya. Platform ini agak sukar dikendalikan. Ianya memerlukan pengetahuan yang cukup untuk mentadbirkannya supaya ada respond dan hubungan dua hala berlangsung. Jika tersilap langkah topik yang dikemukakan tidak sampai kepada ahli group. Malah ahli juga perlu memberikan maklum balas dalam platform yang betul supaya sampai kepada semua ahli terutama pemilik group tersebut.

Saya lebih suka menggunakan blog kerana lebih tersusun dan kemas. Lagipun penggunaan blog boleh dipantau dengan mudah.

Penggunaan komputer dalam Pendidikan Khas

a) Penggunaan emel
Emel sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran. Ini adalah kerana penggunaan emel tidaklah terlalu sukar dan boleh dipantau oleh guru. Pelajar boleh menggunakan emel untuk menaip surat dan dihantar kepada rakan atau guru. Secara tidak langsung melatih pelajar menulis huruf, perkataan dan ayat menggunakan teknologi.

b) Penggunaan blog
Bagi pelajar yang telah mencapai tahap penguasaan yang baik dalam kemahiran menulis, pelajar boleh menggunakan blog untuk melakukan aktiviti menulis. Pelajar boleh diajar menggunakan blog untuk memperluaskan minat menulis seperti menulis puisi, diary, dan cerita pendek.

c) Penggunaan group
Group boleh dibentuk di kalangan pelajar sekolah menengah yang sudah menguasai kemahiran mengurus diri dengan baik. Ini kerana mereka perlu menggunakan group untuk mengadakan perbincangan ringkas dan menarik rakan untuk menjadi ahli. Penggunaan group agak sukar dan lebih mencabar. Mungkin ianya tidak begitu sesuai.

Proses penggunaan blog

a) Merancang penggunaan blog
1. Mengenalpasti tujuan blog dibina.
2. Bina blog dan gunakan template yang disediakan untuk melatari blog.
3. Mengisikan blog dengan maklumat yang dikehendaki.
4. Bina dua jenis blog iaitu satu blog untuk semua alamat blog pendidikan khas dan satu blog lagi untuk menjawab tugasan blog yang telah diberikan oleh Dr. Siti Fatimah.
5. Hantar alamat blog kepada rakan.

b) Memantau penggunaan blog
1. Meminta rakan membuka blog dengan menggunakan alamat blog yang telah diberikan.
2. Menilai semula pengisian blog dan edit jika diperlukan.
3. Memastikan blog dikemaskini.

c) Menilai proses penggunaan blog
1. Bertanya kawan bagaimana membina blog yang berbeza dalam satu akaun yang sama.
2. Mengambil langkah cuba jaya untuk memenuhi piawai pembinaan blog yang betul.
3. Minta komen daripada kawan.
4. Memperbaiki pengisian blog.
5. Cuba belajar untuk membolehkan pembaca memberi komen terhadap blog yang dibina.
6. Melengkapkan pengetahuan cara-cara mengurus penggunaan blog secara perlahan-lahan.

Saturday, February 23, 2008

Kaunseling dalam pendidikan khas

Kaunseling merupakan sistem pendidikan untuk membantu perkembangan individu ke arah minda positif. Masa kini, semua sekolah mempunyai program kaunseling sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Namun peranan mereka tidak mencakupi aliran pendidikan khas. Sedangkan salah satu peranan kaunselor adalah untuk menentukan agar pelajar menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Jadi tidak salah sekiranya diwujudkan satu unit kaunseling yang khas untuk membantu guru-guru pendidikan khas membina keyakinan pelajar. Ini juga satu bentuk kolaborasi. Perkara ini sangat penting sebenarnya.

Tugasan 1 : Kolaborasi

Kolaborasi melibatkan penglibatan secara komprehensif dalam Pendidikan Khas daripada pelbagai disiplin termasuk ibu bapa. Kolaborasi amat penting untuk memastikan pelaksanaan program supaya lancar dan dinamik.

Persamaan dan perbezaan blog dengan group

Persamaan :-
1. Ruang untuk kolaborasi di antara banyak pihak.
2. Penerima boleh baca apa yang ditulis dan boleh beri komen atau respond.
3. Ruang untuk menyatakan pendapat.
4. Maklumat dihantar segera kepada pembaca.

Perbezaan :-
a. Blog
1. Blog adalah ruang peribadi tetapi komen atau respon daripada orang lain boleh diterima jika pembina blog memberikan laluan (klik pada 'comments').
2. Blog merupakan web site yang mudah digunakan.
3. Boleh pilih template untuk melatari blog.
4. Ruang lingkup penerima adalah luas tapi menggunakan alamat blog yang disediakan.

b. Group
1. Perbincangan terhad dalam ruang ahli group sahaja.
2. Isu diberikan kepada semua ahli yang mendaftar. Klik pada 'Start A Topic'.
3. Ada seorang moderator sebagai pemudahcara perbincangan.
4. Ahli akan mengemukakan respond.
5. Ahli group boleh disemak melalui 'My Group'.
6. Profile ahli boleh dilihat berserta gambar.
7. Untuk menarik ahli menyertai group, hantarkan alamat group kepada individu-individu yang dikehendaki.

Langkah-langkah menggunakan blog

1. Masuk dalam http://blogspot.com/
2. Daftar user name (guna akaun yahoo mail) dan password (8 aksara).
3. Kemudian klik pada View Blog
4. Klik pada 'Create your own blog'
5. Pilih template untuk melatari blog
6. Taip maklumat di New Post
7. Kemudian klik pada Publish Post
8. Maklumat yang ditaip akan dipaparkan di dashboard
9. Untuk edit, klik pada 'new post' dan klik pada 'edit posts'.

Tugasan blog

Persamaan aaa@.... dengan aaa@yahoogroups.com dari segi penggunaannya ialah menggunakan enjin carian yahoo dan mesti didaftarkan terlebih dahulu. Perbezaan kedua-duanya pula adalah : i. aaa@.... adalah untuk kegunaan peribadi yang akan menyediakan kemudahan untuk mewujudkan hubungan dua hala di antara penghantar dan penerima. Melaluinya maklumat dapat disampaikan kepada penerima dengan segera. Dan boleh menggunakan lampiran (attachment) untuk menghantar data contohnya daripada website.

ii. aaa@yahoogroups. com adalah kemudahan untuk perbincangan kumpulan berdasarkan topik yang telah dipilih. Terdapat seorang moderator sebagai 'owner' yang akan mengendalikan perbincangan dalam kumpulan. Ahli dalam kumpulan akan memberikan jawapan sebagai respond kepada topik yang dikemukakan oleh moderator.