Tuesday, April 15, 2008

Proses Penggunaan Power Point

MS Office Power Point boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk menghasilkan bahan bantu mengajar atau alternatif untuk pengajaran. Untuk kelas KDP ini, kami belajar menghasilkan power point untuk BBM dan bahan untuk pembentangan di dalam kelas. Berikut adalah proses yang dihadapi :-

Merancang Penghasilan Power Point
1. Menentukan pengisian dan tujuan menghasilkan slide power point.
2. Power Point untuk BBM dihasilkan secara berkumpulan. Berbincang tentang mata pelajaran, tema dan tajuk pelajaran. Membincangkan tempoh masa yang diambil untuk satu sesi pembelajaran.
3. Merancang story board untuk menentukan layout power point, setting gambar, pengisian setiap slide, penggunaan 'transition slide', 'transition sound' dan 'transition speed' untuk paparan slide. Menggunakan 'custom animation' dengan 'add effect' untuk paparan teks. Menggunakan 'insert picture from file' untuk memasukkan gambar-gambar (daripada file Picture Project dan web). Memilih gambar yang sesuai dari Yahoo menggunakan image.
4. Menggunakan 'sound from file' untuk memasukkan lagu latar dan 'record sound' untuk merakam suara.
5. Merancang kedudukan slide yang hendak dipautkan (hyperlink).

Memantau Penghasilan Power Point
1. Memastikan kesesuaian power point supaya mencapai tujuan.
2. Melihat penghasilan dengan menggunakan 'slide show'.
3. Upload ke Yahoo Group supaya semua ahli boleh mendapat maklumat.

Menilai Penghasilan Power Point
1. Amat mudah dengan menggunakan MS Power Point untuk menghasilkan media pengajaran.
2. Memastikan bahan yang dihasilkan mencapai piawai slide yang berkesan dan bermutu.

No comments: